web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 3:03PM

Keluarga malang itu kini sudah ditempatkan di kediaman yang lebih selesa dan selamat - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga yang viral di Sungai Petani, Kedah kerana terpaksa tidur dalam kereta sudah dipindahkan ke kediaman yang lebih sempurna. 

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka yang masih kecil, termasuk bayi berusia empat hari itu juga kini berada dalam keadaan selesa dan selamat.

“Alhamdulillah keluarga sudah dalam keadaan selamat dan selesa. Insya Allah akan diselesaikan segera,” katanya menerusi ciapan.

Terdahulu beliau memberitahu, keluarga malang terbabit telah diberikan bantuan awal terdiri daripada barangan keperluan, termasuk bakul makanan, lampin pakai buang dan susu bayi.

Katanya, mereka juga ditempatkan di pusat penginapan sementara dan semua semua bantuan awal tersebut sudah diuruskan pegawai Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani, pagi tadi.

“Saya ambil maklum dan kini sedang berada di Dewan Rakyat.

“Hari ini hari terakhir persidangan Parlimen. Saya akan turun segera,” katanya menerusi ciapan.

Jelas Dr Mohammed Taufiq, beliau dengan kerjasama semua pihak termasuk pejabat agama daerah, Pusat Dakwah Murtadha (MADAD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi lain akan berusaha menyelesaikan beberapa hal yang berkaitan permasalahan pasangan tersebut. 

Kisah keluarga kecil itu terlebih dahulu dihebahkan di X oleh akaun @Sungai.Petani1, tengah malam tadi.

“Ada satu family terpaksa tidoq (tidur) dan berpantang bersama bayi empat hari dalam kereta...tak ada tempat tinggal.

“Bini dia baru empat hari bersalin, anak yg sorang lagi pulak demam teruk. Jom kita pakat-pakat bantu,” kata pengendali akaun tersebut. - Getaran, 30 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Siasatan Dakwaan Kematian Pesakit Tidak Terima Rawatan Tepat

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Cuba Samun Pakcik Grab

4

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

5 Rumah Di Sungai Petani Terbakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka