web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup 1.2 Tan Ketum Ke Thailand

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2022 12:21PM

Plastik hitam berisi daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand menerusi perairan Kuala Kedah, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup 1.2 tan daun ketum bernilai RM216,000 ke Thailand dalam serbuan berhampiran muara Kuala Kedah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihaknya mengesan bot nelayan tempatan kelas A yang berada dalam keadaan mencurigakan, berhampiran lokasi berkenaan.

Katanya, sejurus menerima maklumat berhubung situasi itu, bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi tersebut.

“Kira-kira jam 6 pagi, serbuan dijalankan ke atas bot ini di kedudukan 0.9 batu nautika, timur laut muara Kuala Kedah.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar haluan dengan memecut laju ke arah daratan berhampiran dan terjun ke paya bakau untuk meloloskan diri,” katanya hari ini.

Menurut Noor Azreyanti, pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat 120 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 1.2 tan dengan nilai RM216,000 dalam bot itu.

“Daun ketum itu dipercayai cuba diseludup ke Thailand menerusi jalan laut memandangkan harga pasaran di sana mencecah RM180 sekilogram berbanding cuma RM30 sekilogram di pasaran tempatan.

“Semua hasil rampasan termasuk bot nelayan itu serta enjinnya yang dianggarkan bernilai RM60,000, dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum, termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dipenjara tidak lebih empat tahun, denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya. - Getaran 11 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia