web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Tahan Diburu Ah Long, Lelaki Gantung Diri Di Sangkar Anjing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 1:04PM

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terduduk setelah dia menggantung diri di sangkar anjing dekat rumahnya, awal pagi ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang peminjam wang berlesen ditemui mati terjerut pada sangkar anjing, disyaki membunuh diri kerana sering diganggu Ah Long.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran sangkar anjing di rumahnya di Taman Berjaya Baru, di sini.

Katanya, isteri mangsa sekitar jam 12.30 tengah malam tadi melihat suaminya berada di ruang tamu seorang diri, sebelum tidur di sofa.

“Selepas itu wanita berkenaan bersama anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun, masuk ke bilik tidur. Kira-kira jam 2.38 pagi, lelaki tersebut didapati menghantar pesanan suara menerusi aplikasi Wechat kepada anaknya, meminta supaya remaja tersebut menjaga ibunya dengan baik.

“Sekitar jam 3 pagi, isteri mangsa ada mendengar salakan anjing peliharaan mereka namun tidak diendahkan. Bagaimanapun kira-kira jam 7 pagi sebaik bangun dari tidur, isteri mangsa mendapati lelaki itu sudah tiada di ruang tamu, sebaliknya berada dalam keadaan terduduk di sangkar anjing, dengan lingkaran tali menjerut lehernya,” katanya.

Anuar berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu isterinya yang memiliki sebuah premis pemberi pinjaman wang berlesen di sini.

“Dia dikatakan menghadapi tekanan daripada Ah Long setelah pihak ketiga yang meminjam wang daripadanya, gagal membayar hutang,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa menggunakan wang dipinjam daripada Ah Long, untuk digunakan sebagai pinjaman kepada pihak ketiga.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Lelaki itu didapati menggunakan tali berwarna putih untuk menggantung diri dan pemeriksaan pada tubuh si mati turut menemui kesan jerutan di bahagian leher,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat dengan kes tersebut masih disiasat lanjut. - Getaran 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia