web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MPV Rempuh Pokok, Pelajar Tahfiz Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 5:40PM

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Seorang pelajar tahfiz maut manakala empat yang lain cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini pagi tadi.

Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu yang juga penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga mangsa lain dilaporkan parah.

Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kejadian dilaporkan berlaku kira -kira jam 8 pagi, melibatkan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza, dipandu seorang lelaki yang mahu membawa pulang dua adik perempuan dan dua sepupunya pulang bercuti dari sebuah madrasah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua, di sini.

Menurut beliau, pemandu bagaimanapun dipercayai telah hilang kawalan ketika melalui selekoh berkenaan dan terbabas ke kanan jalan, sebelum merempuh pokok.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung nahas pada jam 7.57 pagi.

Sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati kenderaan berkenaan dinaiki lima mangsa.

 “Seorang mangsa dilaporkan tersepit di bahagian belakang dan dia terpaksa dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas.

“Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.34 pagi. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 10 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan