web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawat Tergelincir, Juruterbang Cedera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2022 10:31PM

Anggota bomba memeriksa pesawat latihan komersial yang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Seorang juruterbang pelatih cedera ringan apabila pesawat dikendalikannya tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, malam ini.

Dalam kejadian terbabit, juruterbang wanita berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di pinggang dan lutut. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.15 malam. 

"Setibanya di lokasi, didapati sebuah pesawat latihan komersial jenis Diamond-14 tergelincir dari landasan.

"Dipercayai pesawat itu tergelincir ketika sedang mendarat," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, untuk rawatan.

Dalam pada itu, Getaran difahamkan sekurang-kurangnya dua penerbangan ditangguhkan beberapa jam akibat kejadian terbabit.

Anggota bomba bersama pegawai penerbangan memeriksa pesawat latihan komersial yang tergelincir dari landasan di LTAL, malam ini.
Anggota bomba bersama pegawai penerbangan memeriksa pesawat latihan komersial yang tergelincir dari landasan di LTAL, malam ini.

Antara individu terkandas termasuklah wakil media dari beberapa negeri yang menyertai Program Pemukiman Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Media Se-Malaysia sejak 28 Mac lalu hingga hari ini.

Setiausaha Kelab Media Putrajaya, Samantha Tan ketika dihubungi memaklumkan, pesawat dinaikinya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada jam 8.10 malam tidak dapat berlepas setakat jam 9.45 malam.

"Pesawat kami sedang menunggu giliran untuk berlepas sebelum juruterbang memaklumkan terdapat insiden kecil di hujung landasan. 

"Terdapat pengumuman kedua dibuat menyatakan ambulans sedang membantu mangsa dan pesawat terus menunggu. Namun setelah beberapa lama, pengumuman ketiga dibuat menyatakan pesawat terpaksa berpatah balik ke kawasan parkir untuk mengisi minyak," katanya.

Jelasnya, rata-rata penumpang gelisah kerana perlu menunggu lama dalam pesawat dan terdapat kanak-kanak turut menangis.

"Anak kapal juga mengedarkan makanan kepada penumpang," katanya. - Getaran 30 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia