web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes ‘Dipukul’ Teman Lelaki, Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 10:37AM

Tangkap layar muatan Instagram seorang wanita mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuatnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Putrajaya menafikan bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan terhadap laporan berhubung kes pukul membabitkan seorang wanita dengan bekas teman lelakinya.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dengan mengambil keterangan saksi yang terbabit dan mendapatkan laporan perubatan bagi melengkapkan siasatan.

“Pada 27 Mac lalu, satu laporan dibuat oleh seorang wanita yang menyatakan berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara dia dengan bekas teman lelakinya yang sudah beristeri.

“Puncanya ialah apabila bekas teman lelaki sudah insaf dan ingin bersama keluarga yang menyebabkan keputusan ini sukar diterima mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, A Asmadi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Terdahulu, tular di Instagram hantaran seorang wanita menggunakan nama @rosyulina yang mendakwa dirinya adalah mangsa keganasan domestik.

Antara lain, wanita tersebut mendakwa polis memaklumkan kepadanya bahawa lelaki tersebut tidak berniat untuk memukulnya, justeru, siasatan lanjut tidak akan diteruskan. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad