web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Wee Ka Siong Jangan 'Membisu' Insiden MH2664 - DAP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2022 6:23PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memberi perhatian sepenuhnya demi memastikan siasatan ke atas insiden menimpa penerbangan pesawat MH2664 dapat dilaksanakan dengan telus.

Setiausaha Agung DAP,  Anthony Loke Siew Fook berkata, keselamatan penerbangan awam adalah satu aspek yang sangat penting dalam sistem pengangkutan negara.

"Saya mengikuti berita mengenai insiden penerbangan MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 2 April lalu yang dilaporkan mengalami masalah teknikal dan menjunam seketika sebelum pesawat tersebut berpatah balik ke KLIA.

"Keselamatan penerbangan awam merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sistem pengangkutan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Tengah malam tadi, tiga penumpang penerbangan MH2664, yang terbabit dalam insiden cemas Ahad lalu meminta Malaysia Airlines Berhad (MAS) serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan telus berhubung kejadian itu.

Anthony Loke
Anthony Loke

Menurut Anthony, insiden tersebut perlu disiasat dengan lebih terperinci oleh CAAM. 

Jelasnya, beliau yakin bahawa proses siasatan telah pun dimulakan oleh CAAM sejurus insiden itu berlaku sehingga tular di media sosial. 

"Saya yakin pihak CAAM telah pun memulakan proses siastannya. Untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, hasil siasatan tersebut perlu diumumkan secara telus.

"Saya menyeru Menteri Pengangkutan untuk memberi komitmen terbuka. Ia perlu dilakukan agar siasatan bebas dijalankan dan sebarang hasil siasatan diumumkan dalam tempoh terdekat," katanya. 

Terdahulu, MAS pada 5 April lalu mengesahkan bahawa penerbangan MH2664 ke Tawau terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

Jurucakap MAS dalam satu kenyataan menegaskan, juruterbang membuat keputusan berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.

Sebelum ini, seorang penumpang pesawat itu mendakwa, pesawat B737-800 dinaikinya itu tiba-tiba menjunam dari ketinggian 9, 448.8 meter kepada 7, 315.2 meter dalam tempoh beberapa saat.

Dia turut mendakwa terlambung dari tempat duduknya akibat insiden itu menyebabkan majoriti penumpang lain panik, termasuk ada yang menjerit ketakutan. – Getaran, 9 April 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia