web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wang KWSP Diterima Pemohon Sebelum Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 1:06PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, komitmen itu diberikan KWSP yang memaklumkan, pihaknya kini berusaha menyelesaikan permohonan berkenaan sejak penyaluran hari pertama ke akaun pemohon dibuat pada 18 April lalu.

Justeru katanya, pemohon diminta tidak risau sekiranya permohonan mereka belum diluluskan dan penyaluran masih tidak dikreditkan.

“Sejak saya umumkan pengeluaran khas KWSP yang akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 18 April, ramai yang tanya YB (Yang Berhormat), dah 18 April ini, pasal apa tak masuk duit dalam akaun saya lagi.

“KWSP sudah terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion, ini satu jumlah yang sangat besar.

“Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar ini dalam masa yang singkat kerana itulah sejak awal lagi, KWSP dah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video dimuat naik di Facebook.

Tengku Zafrul memaklumkan, komitmen KWSP itu boleh dilihat apabila bermula 18 April lalu, terdapat sekumpulan pemohon sudah menerima wang itu.

Katanya, berdasarkan makluman mengenai status permohonan mereka, ada pemohon akan menerimanya pada 20 dan 21 April serta hari berikutnya.

“Memang bukan semua yang dapat pada 18 April, jadi jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“Saya harap Keluarga Malaysia yang terlibat dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP, semoga baki Ramadan ini kita manfaatkan dengan ibadah dan Aidilfitri dapat disambut lebih ceria,” katanya. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia