web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Ditinggal Depan Kedai Runcit, JKM Cari Waris

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Apr 2022 8:57PM

JKM kini dalam proses mengesan waris seorang bayi yang ditinggalkan di Kampung Padang, Kuala Kedah, pada 10 April lalu bagi mempermudahkan urusan penjagaan bayi tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris seorang bayi ditinggalkan di Kampung Padang, Kuala Kedah pada 10 April lalu, tampil bagi membantu mempermudahkan urusan penjagaan bayi tersebut.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd. Sabri Saad berkata, pihaknya sudah mendapatkan perintah jagaan sementara dari mahkamah untuk menempatkan bayi lelaki tersebut di Taman Sinar Harapan, Jitra.

“Dalam tempoh dua minggu selepas siaran akhbar ini, proses seterusnya akan diambil bagi meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan dan jagaan ibu atau bapa yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh dua tahun.

“Bayi itu juga mungkin akan diletakkan dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh dua tahun dari tarikh perintah mahkamah atau hingga dia mencapai umur 18 tahun atau mengikut mana-mana tempoh lebih pendek, seperti termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai penemuan bayi tersebut oleh seorang pekerja kargo berusia 56 tahun di depan kedai runcit kira-kira jam 1.40 petang, 10 April lalu.

Bayi itu yang masih bertali pusat ditemui menangis dan diletakkan dalam sebuah kotak di situ.

Setakat ini siasatan dijalankan pihak polis di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata, penemuan bayi tersebut turut mendapat keprihatinan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff yang berkenan menamakan bayi tersebut sebagai Muhammad Noah.

“Baginda dalam masa sama mengurniakan barangan keperluan untuk bayi tersebut yang disampaikan melalui pembantu khas baginda, Tengku Sharima Tengku Sulaiman pada 14 April lalu,” katanya. -Getaran 21 April 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia