web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Timbalan Pengerusi Tetap AMANAH Meninggal Dunia 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 8:45AM

Adnan Saad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara (AMANAH), Adnan Saad, 54, meninggal dunia selepas rebah sewaktu beratur untuk menunaikan zakat fitrah di Masjid negeri, Masjid Zahir malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris berkata, Allahyarham yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika mahu menunaikan tanggungjawab tersebut selepas solat Isyak.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga arwah yang Allahyarham mempunyai sejarah penyakit jantung serta darah tinggi dan kematiannya mungkin ada kaitan dengan penyakit dihadapi itu.

"Pemergian beliau memang mengejutkan. Bagi saya, kami kehilangan seorang individu yang amat dihormati kawan dan lawan," katanya ketika dihubungi Getaran.

Sementara itu Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau difahamkan Allahyarham disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Beliau seorang yang amat gigih dalam melaksanakan tugas. Segala kelemahan dan kekurangan termasuk dari segi kewangan bukan alasan untuknya untuk tidak melaksanakan kerja.

"Dalam tempoh dua tiga hari ini, kami sering saling 'mengata' antara satu sama lain dan bergurau senda dalam aplikasi WhatsApp namun tak sangka itu menjadi antara kenangan terakhir dengannya. Ini satu kehilangan yang besar buat AMANAH terutamanya untuk kami di Kedah," katanya. - Getaran 2 Mei 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia