web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Teruja Jumpa, Swafoto Bersama Agong Di Rumah Terbuka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 4:47PM

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rakyat berbilang bangsa dilihat teruja apabila dapat beramah mesra bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana hari ini.

Al Sultan Abdullah berkenan berangkat ke majlis tersebut yang dihadiri 70,000 tetamu pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara.

Keberangkatan tiba Seri Paduka di Seri Perdana sekitar jam 11.30 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Al-Sultan Abdullah tidak melepaskan peluang bertemu rakyat dan mereka turut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama baginda.

Seri Paduka Baginda kemudiannya diiringi ke bilik santapan khas untuk bersantap juadah tradisi ala desa.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak dapat diadakan sebelum ini kerana pandemik COVID-19.

Ini juga merupakan rumah terbuka pertama Ismail Sabri dan barisan Jemaah Menteri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021, bertemakan Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2019 yang dihoskan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana, di sini, meriah dengan kehadiran orang awam seawal jam 7.30 pagi tadi.

Biarpun hanya dibenarkan masuk kira-kira dua jam kemudian, majoriti mereka setia menunggu lebih awal di pintu masuk perkarangan Kompleks Seri Perdana.

Berikutan kehadiran yang begitu menggalakkan, pintu pagar Kompleks Seri Perdana dibuka lebih awal iaitu pada 9.30 pagi.

Tiga laluan disediakan untuk pengunjung memasuki Kompleks Seri Perdana, termasuk satu laluan dikhaskan buat warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu mengandung. - Getaran, 8 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global