web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Thaipusam 2021 Suram Kerana COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 3:52PM

Sambutan Thaipusam suram susulan penularan COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU CAVES - Thaipusam sudah diiktiraf sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan sejak 2008, bagi memberi ruang kepada penganut Hindu meraikan perayaan berkenaan dengan selesa.

Dianggap sebagai hari menunaikan nazar, perayaan yang disambut pada bulan kesepuluh kalendar Tamil itu adalah bagi memperingati penyerahan lembing suci kepada Dewa Murugan, oleh ibunya Dewi Parvathi.

Peristiwa yang berlaku pada bulan dikenali sebagai Thai itu menandakan kejayaan mereka menewaskan kuasa jahat dikenali sebagai Soorapadman.

Tahun ini bagaimanapun sambutan Thaipusam sedikit suram, susulan pandemik COVID-19 yang melatari negara sejak setahun lalu.

Tidak seperti sebelumnya, 2021 menyaksikan perayaan terbabit diraikan dengan begitu berbeza; tiada perarakan mengiringi pedati yang membawa Dewa Murugan, tiada kavadi, tiada laungan vel vel dan tiada kemeriahan yang sering dirasai, khususnya di luar perkarangan Batu Caves.

Batu Caves sunyi sepi, hening daripada hiruk-pikuk yang saban tahun melatari suasana, hasil kunjungan ratusan ribu penganut Hindu ke lokasi utama sambutan Thaipusam itu.

Walaupun kerajaan pada akhirnya membenarkan perarakan dilakukan, ia sekadar terhad kepada sepuluh pengiring, manakala pengunjung hanya dibolehkan untuk menjalani upacara sembahyang di luar perkarangan kuil.

Upacara sembahyang hanya dibenarkan dilakukan di luar perkarangan kuil
Upacara sembahyang hanya dibenarkan dilakukan di luar perkarangan kuil

Jika mengikut kebiasaan, perayaan terbabit bertumpu di empat lokasi utama di kuil Sri Subramaniar Swami di Batu Caves, kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani di Pulau Pinang, kuil Sri Subramaniar di Perak dan kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Kedah.

Tahun ini? Semua upacara hanya mengambil tempat di kediaman masing-masing, termasuk segala yang membabitkan pembayaran nazar.

Seorang guru, Parameswary Baskaran, 61 berkata, walaupun sekadar meraikan dari rumah, pengikut Dewa Murugan tetap dibolehkan menjalani upacara sembahyang pada hari berkenaan, manakala upacara membawa kavadi dan belanga susu dikenali sebagai paal kudam ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

"Memang terasa seolah-olah ada yang kurang apabila sambutan Thaipusam tahun ini tidak seperti dulu, tetapi memikirkan kesihatan dan keselamatan rakyat, saya bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mengehadkan skala sambutan itu.

"Tak apalah, sembahyang di kuil sama sahaja ganjarannya, lagipun setiap rumah penganut Hindu ada ruang ibadat sendiri. Lebih selamat (sembahyang) di rumah sahaja," katanya kepada Getaran di sini baru-baru ini.

Guru sebuah sekolah di Selangor itu berkata, inisiatif kerajaan menyiarkan siaran secara langsung perayaan terbabit menerusi halaman We Love Batu Caves di Facebook dan YouTube sedikit sebanyak mengubati kesedihan pengikut Dewa Murugan yang tidak dapat melakukan ritual berkenaan sebagaimana biasa.

Siaran langsung berkenaan jelasnya, membolehkan mereka mengikuti semua upacara secara maya, termasuk beberapa acara penting seperti menaikkan bendera Seval Kodi pada 27 Januari, diikuti sembahyang khas enam waktu atau aaru kaalam poojai  pada keesokan hari.

"Sempena Thaipusam, saya juga berpuasa selama sebulan dan menunaikan nazar, walaupun hanya menyambutnya di rumah, sebelum mengunjungi Batu Caves, sebaik PKP berakhir," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Getaran mendapati kawasan sekitar Batu Caves ditutup kepada umum susulan pelaksanaan PKP.

Peraturan itu bagaimanapun bukan halangan untuk segelintir pengikut menjalani upacara sembahyang dan menyembah patung Dewa Murugan terbesar di dunia itu, walaupun terpaksa melakukannya dari jauh.

Semangat untuk meraikan Thaipusam ternyata tetap membara walaupun sekadar berdiri di luar pagar kuil sambil menyanyikan beberapa lagu Bhajan sambil meneriakkan laungan vel vel . - Getaran, 30 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

JMG Belum Terima Permohonan Ulasan Teknikal Restoran Dalam Gua Batu Kapur

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir