web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Terus Meningkat, 7 Kematian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 11:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 1,451 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 1,325 kelmarin.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,506,510 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,445 kes tempatan dan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Daripada jumlah kematian itu, Kedah dan Selangor mencatatkan dua kes di setiap negeri, manakala Johor, Terengganu serta Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,676 dengan 7,558 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,152 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.7 peratus atau 22,160 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 945 orang atau 4.1 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 28 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,071 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,447,682 kes. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia