web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Gejala Buli Mental, NGO Sokong Ain Husniza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:56PM

Ain Husniza - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) menyokong tindakan pelajar sekolah, Ain Husniza Saiful Nizam mengambil tindakan saman berhubung ‘lawak rogol’ oleh bekas gurunya, yang dilihat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai satu bentuk buli mental.

ASWA, yang giat memperjuangkan penggubalan akta anti buli di Parlimen berpendapat, gangguan seksual seperti itu tergolong dalam gejala buli dan perlu dihentikan sepenuhnya.

Pengerusi ASWA, Wan Azliana Wan Adnan berkata, penggubalan akta anti buli perlu dilakukan dalam mengekang lambakan kes seumpanya yang kian berleluasa.

“Kita menyokong tindakan Ain Husniza terhadap bekas gurunya sebab saya rasa perbuatan cikgu itu tidak patut kerana ia adalah buli mental,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Ditanya berhubung desakan 75 Ahli Parlimen pembangkang supaya Jabatan Peguam Negara (AG) dan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil sikap berkecuali dalam kes saman Ain Husniza, Wan Azliana berkata, terdapat dua senario dalam isu tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam memberitahu, pihaknya tidak dapat menentukan sama ada tuntutan balas oleh pihak pelajar itu berasal daripada satu saman induk atau berbeza.

“Kalau ia berlainan nombor kes saman, sememangnya tidak wajar pihak AG melantik Peguam Kanan Persekutuan untuk mewakili kes fitnah yang difailkan oleh cikgu itu.

“Tidak patut sebab ia kes peribadi. Memang saya setuju dengan semua Ahli Parlimen itu.

“Tetapi sebab Ain saman cikgu ini atas kapasitinya sebagai penjawat awam, kalau kita rujuk Seksyen 22 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, satu lagi Seksyen 24 dan 25 Akta Prosiding Kerajaan 1956, memang kerajaan akan melantik peguam bagi penjawat awam tersebut,” katanya.

Semalam, sebanyak 75 Ahli Parlimen pembangkang mendesak AG dan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya bersikap berkecuali dalam kes saman membabitkan Ain Husniza.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen terbabit turut terperanjat dengan keputusan diambil Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan seorang Peguam Kanan Persekutuan untuk membela guru dan bekas guru besar dalam saman balas difailkan Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab.

Mereka berkata, pihak kerajaan khususnya Jabatan Peguam Negara dan KPM perlu bersikap berkecuali dalam pertikaian itu. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia