web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sabah Usir 150 PATI Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 11:32AM

Antara pendatang asing tanpa izin yang dihantar balik menerusi Program Penghantaran Pulang PATI di Tawau, Sabah, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tawau - Seramai 150 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar dari Sabah, menerusi Program Penghantaran Pulang PATI Siri 2/2021 di sini semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua PATI berkenaan diusir menerusi Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

"Untuk makluman, semua mereka ditahan di Depot Imigresen Tawau sejak 2020 atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Sebelum dihantar, mereka telah menjalani prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan PATI dalam tempoh tertentu bagi mengelak penularan pandemik COVID-19," katanya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Heni Hamidah yang sempat meluangkan masa meninjau proses pengusiran dan bertemu dengan warga Indonesia itu.

Tambah Muhamad Sade, program penghantaran pulang itu akan dilakukan secara berterusan dalam usaha membanteras kehadiran PATI di negeri ini. – Getaran, 27 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 2 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 7 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan