web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan Seksyen 309 Dimuktamad Selepas Terima Maklum Balas Jabatan Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 2:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pindaan terhadap Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah, dimuktamadkan selepas mendapat maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, maklum balas itu kemudian akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya sudah bangkitkan di mesyuarat Jemaah Menteri untuk kita ada moratorium, namun demikian pandangan Jemaah Menteri nanti, biar perkara (pindaan) itu dimuktamadkan di peringkat Jabatan Peguam Negara, tak perlu ada moratorium.

“Kita dapat pandangan dulu sama ada pembunuhan diri itu adalah perbuatan jenayah. Jadi masih lagi menunggu (maklum balas) dan selepas itu Kabinet akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Pada Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara bersetuju memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 September lalu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan percubaan bunuh diri daripada sistem keadilan jenayah, selain menghantar individu yang melakukan cubaan bunuh diri ke dalam sistem rawatan kesihatan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, cadangan pemansuhan undang-undang itu di peringkat untuk dibawa ke Kabinet bagi diputuskan.

“(Proses) seterusnya adalah untuk membuat pindaan kepada Seksyen 309 supaya mereka yang membunuh atau cuba membunuh diri tidak disabitkan kesalahan lagi,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia