web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Undi 18: Beri Masa Kepada SPR - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2021 3:30PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Semua pihak diminta memberikan masa serta ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum perkara itu dapat dilaksanakan, termasuk melibatkan urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Bukan mudah (nak laksana undi 18) banyak perkara kena diambil kira ... antara masalah dihadapi SPR alamat dah selesai belum, itu kena tanya JPN, selagi tak selesai alamat lengkap takut ada yang tidak boleh mengundi sebab tak tahu nak mengundi kat mana.

“Berdasarkan alamat dalam kad pengenalan, SPR akan menentukan di mana dia (pengundi) akan mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN) mana, Parlimen mana,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di Maktab Rendah Sains MARA Pendang, di sini hari ini.

Beliau berkata SPR merupakan satu badan bebas yang tidak terikat dengan pihak kerajaan, justeru setiap keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Takiyuddin berkata ketika isu undi 18 mula dibangkitkan, pada masa itu tempoh mengundi masih jauh dan SPR mungkin menjangkakan mereka ada masa yang cukup untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Jadi sekarang ada dua tahun lagi ... Bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN), perdana menteri dah jelaskan kerajaan tidak anti undi 18.

“Kami dulu pembangkang, kami pun sokong undi 18, tapi dengan syarat pendaftaran mestilah secara automatik, kalau tidak jumlah individu layak mengundi tidak mendaftar akan bertambah sebab umur 21 pun empat juta tak mendaftar,” katanya.

Khamis lepas, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Kenyataan itu dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk ada yang menganggap penangguhan berkenaan tidak munasabah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 2 minggu yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

Politik 1 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 2 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London