web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lembaga Angkasa Malaysia Dilancar Sepenuhnya Awal Tahun Hadapan - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:19AM

Menurut Dr Adham Baba, Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang mempunyai lembaga angkasanya tersendiri iaitu yang kedua selepas Filipina - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Jan lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata lembaga itu akan membuat peraturan berkaitan dengan akta yang telah diluluskan bagi mengawal selia dan membangunkan industri angkasa negara bersesuaian dengan perjanjian antarabangsa.

"Kita akan menubuhkan Lembaga Angkasa secara interim bulan depan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, dengan ahli-ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Lembaga ini bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan mengenai perkara berhubung persiapan pelaksanaan dan pentadbiran akta. Ini termasuk memantau dan menilai penggubalan draf peraturan serta menyediakan garis panduan dan arahan bersesuaian sebelum dikuatkuasakan pada awal tahun 2023," katanya semasa sidang media selepas majlis pembukaan 'International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS) 2022' di Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.

Menurut Dr Adham, Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang mempunyai lembaga angkasanya tersendiri iaitu yang kedua selepas Filipina.

Beliau mengatakan bahawa bidang kuasa lembaga itu adalah pada ruang yang bermula dari ketinggian 100 kilometer (km) dari aras laut sehingga ke infiniti.

"Buat masa ini, pihak syarikat dan industri adalah dinasihat supaya mendaftarkan satelit atau sebarang objek angkasa yang telah dilancarkan melalui MOSTI.

"Setelah akta berkuat kuasa, semua objek angkasa yang telah dilancarkan sebelum ini adalah tertakluk di bawah Akta 834 dan hendaklah didaftarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh akta berkuat kuasa," katanya.

Dr Adham juga mengatakan bahawa dengan adanya peraturan dan perlembagaan yang jelas mengenai akta angkasa bakal membolehkan negara untuk menjemput mana-mana pengusaha yang ingin melancarkan objek angkasa dalam negara.

“Jika pada bulan lepas kita melancarkan Satelit MEASAT-3d di French Guiana, Amerika Selatan maka selepas ini kita boleh membuat pelancaran objek angkasa dari dalam negara pula.

“Malaysia adalah sesuai bagi tapak pelancaran objek angkasa disebabkan terletak berhampiran garisan Khatulistiwa yang mana pelancaran objek ke angkasa adalah lebih dekat dan juga menjimatkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Innovathon Tawar Peluang, Pupuk Minat Untuk Masyarakat Komersialkan Inovasi Sendiri - Rafizi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kawal Sedia Vape Sekarang, Undang-Undang Baharu Akan Ambil Masa Terlalu Lama - MSHR

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

MCMC Pertimbang Tindakan Kawal Selia Terhadap Awesome Broadcasting

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siapa Sepatutnya Menerajui MOSTI? ‘Mestilah Tahu Hormati Semua Penggiat, Bidang’ - Mahaletchumy

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia