web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kawal Sedia Vape Sekarang, Undang-Undang Baharu Akan Ambil Masa Terlalu Lama - MSHR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2023 11:52AM

Dengan pengeluaran nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun, kini terdapat kelompongan dalam undang-undang yang mampu memberi kesan terhadap golongan berisiko - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan harus meminda undang-undang sedia ada untuk mengawal selia produk vape kerana ia masih akan mengambil sedikit masa untuk undang-undang baharu mengawal semua produk rokok dan vape itu dikuatkuasakan, kata Malaysian Society for Harm Reduction (MSHR).

Pengerusi MSHR, Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, dengan pengeluaran nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun, kini terdapat kelompongan dalam undang-undang yang mampu memberi kesan terhadap golongan berisiko, seperti kanak-kanak untuk mengambil vape.

“MSHR percaya Dewan Rakyat pada Mei 2023 untuk mempertimbangkan Rang Undang-Undang (RUU) dan mengambil kira ia perlu melalui Dewan Negara yang dijadual berlangsung Julai 2023, bermakna undang-undang baharu itu mungkin hanya akan dikuatkuasa pada suku keempat tahun ini.

“Memandangkan proses perundangan mengambil masa, ini bermakna kita berkemungkinan melihat undang-undang hanya diperkenalkan pada penghujung tahun ini. Penantian terlalu lama dan kerajaan harus meneliti undang-undang sedia ada yang boleh dipinda atau diperluaskan untuk memasukkan produk vape,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pakar Kesihatan Awam itu berkata, undang-undang sedia ada yang mengawal selia produk tembakau sudah tegas dan boleh dipinda segera untuk melindungi produk vape.

“(Ini) memandangkan nikotin yang digunakan dalam produk vape juga berasal daripada tembakau. Ini bagi memastikan langkah perlindungan dilaksanakan untuk melindungi pengguna daripada bahan terlarang dan mengelakkan produk itu ‘jatuh ke tangan’ kanak-kanak,” katanya.

Beliau merujuk kepada RUU Hasil Tembakau dan Kawalan Merokok 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, seperti dinyatakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

RUU itu juga akan membabitkan dasar Generasi Penamat (Generational End Game Provision) yang akan melarang sesiapa yang dilahirkan selepas 2007 daripada merokok atau menghisap vape.

Menteri Kesihatan mengumumkan RUU itu berikutan pengeluaran nikotin daripada Akta Racun pada Jumaat lalu. Langkah itu adalah selaras dengan duti eksais baharu ke atas vape berasaskan nikotin dan e-rokok yang berkuat kuasa pada 1 April. Bagaimanapun, kutipan cukai hanya akan bermula pada Mei dan pengeluar vape perlu mendaftarkan diri mereka dengan Jabatan Kastam buat sementara waktu.

Mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun tanpa undang-undang kawalan tembakau baharu, mengundang kritikan terhadap kelemahan penguatkuasaan sedia ada.

MSHR dalam pada itu turut menggesa kerajaan membangunkan peraturan untuk mengawal penggunaan vape sebagai alat mengurangkan ancaman.

“Berbilang data bebas daripada penyelidikan tempatan dan antarabangsa menunjukkan, vape terbukti kurang berbahaya berbanding merokok dan berkesan dalam membantu perokok berhenti merokok.

“Penyelidikan bebas ini juga diiktiraf kerajaan United Kingdom dan New Zealand sebagai mengetuai agenda pengurangan bahaya tembakau.

“Justeru, dalam membangunkan peraturan bagi produk vape, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mempertimbangkan potensi pengurangan kemudaratan produk vaping supaya ia boleh digunakan sebagai alternatif kepada merokok, terutamanya dalam kalangan mereka yang tiada kesan terhadap terapi penggantian nikotin tradisional,” katanya.

Peraturan ini harus menyatakan setinggi mana kandungan nikotin, had dan bahan yang dibenarkan, selain keperluan pelabelan serta amaran pada semua produk vape. – The Vibes, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia