web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 12:05PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Peniaga vape atau rokok elektronik yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, larangan penjualan vape di negeri ini, merangkumi peranti dan cecairnya masih berkuat kuasa sejak 2016.

"Johor antara negeri yang masih melarang penjualan vape dan kita memang ada terima aduan berhubung penjualan vape sepanjang tahun lalu, tetapi jumlahnya tidak terlalu banyak serta hanya melibatkan kawasan tertentu.

"Tetapi asasnya apabila ada terima aduan, penguat kuasa akan bertindak, termasuk melibatkan peniaga vape dalam talian, cuma setakat ini (dalam talian) susah untuk dikawal," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini akan terus memantau aktiviti penjualan vape bagi memastikan ia tidak berleluasa.

"Tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil khususnya apabila terdapat aduan diterima daripada orang awam.

"Sehubungan dengan itu, kita nasihati peniaga-peniaga untuk patuhi apa yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.

Pada 29 November 2015, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ketika itu dilaporkan bertitah mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri ini bermula 1 Januari 2016, sekali gus menjadi negeri pertama yang berbuat demikian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 3 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Culik Wanita Di Kulai: Polis Tahan 9 Lelaki

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 8 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Sukan 23 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Politik 7 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad