web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Korea Utara Di Malaysia Adalah Peserta MM2H - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:19AM

Polis sudah kenal pasti pergerakan semua rakyat Korea Utara di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia adalah peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang telah dikenal pasti pergerakan mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Berikutan itu, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan masa depan mereka sama ada perlu pulang ke Korea Utara atau sebaliknya, susulan keputusan Pyongyang menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

"Saya beri jaminan keadaan negara masih terkawal, " katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, laporan Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu yang menjalankan penyeludupan barang mewah serta senjata di negara ini.

Laporan itu turut mendakwa, MID terbabit dengan kegiatan penyeludupan senjata dan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebagai laluan bagi menyeludup senjata Korea Utara ke Iran, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk 'mengimport' senjata dari negara lain ke Korea Utara.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan belum menerima laporan berhubung dakwaan mengatakan Korea Utara masih membenarkan ejen perisik mereka menjadikan Malaysia sebagai transit untuk membeli senjata dan barangan mewah.

Pada 21 Mac lepas, kesemua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia, berlepas pulang ke negara mereka susulan keputusan Pyongyang menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur pada 19 Mac lepas.

Pyongyang mengumumkan ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017, apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 4 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Politik 8 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan