web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Gunting Jalur Gemilang, Lelaki Ditahan Selepas Video Tersebar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:24PM

Polis menahan seorang lelaki selepas perbuatannya menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran MATIC, tular di media sosial. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunting Jalur Gemilang yang dipasang, seorang lelaki ditahan polis selepas perbuatannya tular di media sosial malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berkenaan menggunting Jalur Gemilang yang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini, sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut beliau, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 12 tengah hari, hari ini.

“Kira-kira jam 12.30 tengah hari, individu yang berusia 41 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Dia akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Noor Dellhan Yahaya
Noor Dellhan Yahaya

Noor Dellhan berkata, orang ramai dinasihati agar menyalurkan maklumat dengan serta merta jika wujud sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Masyarakat boleh menghubungi MERS 999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Beliau memberitahu, rakaman video berdurasi 38 saat itu tular di aplikasi TikTok, yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi sambil memegang gunting, sedang merosakkan beberapa kain bendera.

Bagaimanapun katanya, individu yang merakam insiden berkenaan sempat menegur perbuatan tersebut, sebelum dia dimarahi lelaki terbabit.

“Pengadu tidak berani bertindak kerana suspek sedang memegang gunting sewaktu kejadian,” katanya.

Penularan video berkenaan nyata mengejutkan dan menyinggung perasaan netizen yang marah Jalur Gemilang tersebut dirosakkan, apatah lagi sambutan Hari Kebangsaan bakal menjelang 31 Ogos nanti.

“Ya Allah, sakit hatinya, orang mana ini, tolonglah pihak berkuasa ambil tindakan sepatutnya,” kata seorang netizen, nadiahasri08.

“Rasa cintakan negara dah hilang atau juga kecewa dengan negaranya sendiri,” kata pula Sultan secara sinis di Tik Tok.

“Masha Allah, Subhanallah, walau macam mana sekalipun nak marah tidak boleh buat begitu ke bendera negara,” kata SGadaffi. - Getaran, 18 Ogos 2022.



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan