web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sindiket Kartel Tender Projek Kerajaan: Pegawai Kanan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 2:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki turut terlibat dalam sindiket kartel tender projek kerajaan.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di kediamannya di Ampang tengah malam tadi.

“Lelaki itu dipercayai menerima rasuah sebanyak RM1.2 juta membabitkan empat kali transaksi pembayaran bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket kartel bagi memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Hasil risikan juga mendapati beliau dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, SPRM berjaya melumpuhkan sindiket kartel tender projek kerajaan dengan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya dalam operasi yang dijalankan.

Kesemua mereka dilaporkan memonopoli sejumlah 354 tender beberapa kementerian serta agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 bilion sejak 2014 hingga kini dan modus operandi sindiket dipercayai menggunakan lebih 150 syarikat bagi memasuki tender atau sebut harga di kementerian serta agensi terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad