web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenderaan Mewah, 2 Helikopter Ditemui Di Rumah Ketua Kartel Tender Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 6:04PM

Helikopter yang ditemui di rumah ketua kartel projek kerajaan yang bergelar Datuk. - Gambar SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan wang tunai RM3.5 juta di kediaman ketua kartel projek kerajaan bergelar Datuk yang ditahan semalam.

Selain itu, kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta berserta hartanah termasuk banglo, rumah kedai, pejabat bernilai RM29 juta turut disita dalam serbuan berkenaan.

Sumber SPRM berkata sebanyak 644 akaun individu dan syarikat dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek kerajaan itu.

“Kartel projek yang diketuai seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya selain memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua buah helikopter.

Antara kereta mewah yang dijumpai. - Gambar oleh SPRM
Antara kereta mewah yang dijumpai. - Gambar oleh SPRM

Individu tersebut telah membolot projek-projek kerajaan menerusi tender sebut harga bernilai lebih RM3.8 bilion yang dipercayai beroperasi sejak 2014 hingga 2021,” kata sumber itu.

Menurut sumber SPRM, modus operandi kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama mereka sebagai pengarah syarikat akan dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000.

Bagaimanapun, syarikat itu adalah milik Datuk terbabit dan dipercayai seramai 114 orang telah digunakan nama mereka untuk membuka lebih 150 syarikat.

Sumber itu memaklumkan kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

Antara kereta mewah yang dijumpai. - Gambar oleh SPRM
Antara kereta mewah yang dijumpai. - Gambar oleh SPRM

Katanya, maklumat tender dan sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi terbabit.

“Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat tersebut menggunakan maklumat palsu daripada segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk meyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek,” katanya.

Semalam, SPRM menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berusia 38 tahun di Ampang kerana disyaki turut terbabit dalam kartel projek ini.

Sebelum itu SPRM berjaya melumpuhkan kartel tender projek kerajaan dengan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya dalam operasi yang dijalankan, semalam.

Kesemua mereka dilaporkan memonopoli sejumlah 354 tender beberapa kementerian serta agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 bilion sejak 2014 hingga kini dan modus operandi kartel berkenaan dipercayai menggunakan lebih 150 syarikat bagi memasuki tender atau sebut harga di kementerian serta agensi terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Politik 7 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran