web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Air Paip Kotor di Baling Datang Dari ‘Sumber Komuniti’, kata MB Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 10:36AM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Kerajaan Kedah menafikan masalah air kotor di Baling adalah dari Syarikat Air Darul Aman.

Sebaliknya, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, air kotor itu datang dari `sumber air komuniti', di mana bekalan air sudah dicemari kerana musim hujan di negeri itu, lapor The Vibes.

“Kolam tadahan daripada sumber air komuniti tidak diselia dengan baik, menyebabkan sampah dan mendapan masuk ke sistem paip.

“Sumber air komuniti ini biasanya terletak di atas bukit dan ia adalah inisiatif daripada penduduk kampung sendiri,” katanya.

Sanusi berkata kerajaan negeri akan membantu untuk memperbaiki dan menaik taraf paip-paip yang sudah rosak untuk kemudahan penduduk Baling.

Kelmarin, lebih 100 penduduk Kampung Tg. Pari dan Kampung Batu Lapan di Baling mendakwa di media sosial mereka terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian.

Mereka mendakwa perkara ini disebabkan oleh kegiatan pembalakan yang tidak dikawal di kawasan tersebut.

Sanusi sebelum ini berkata Pulau Pinang mungkin terpaksa menggunakan air kotor jika tidak mahu membayar caj air mentah kepada Kedah. - Getaran, 8 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

3

Kolum 3 minggu yang lalu

Dari Server Ke Sungai: Impak Pelaburan Digital Terhadap Keselamatan Air Negara

4

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran