web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 8:02PM

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu perlu ditanyakan sendiri kepada MoF. - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah didakwa tidak mempunyai kaitan dengan keputusan Kementerian Kewangan (MoF) untuk Projek Perkampungan Tok Senik di Langkawi yang didakwa mengalami kerugian besar.

Kerugian berjumlah RM250 juta itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Sim Tze Tzin semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu perlu ditanyakan sendiri kepada MoF kerana beliau sendiri masih belum mempunyai maklumat mengenainya.

"Saya pun tak ada maklumat lagi...LADA hanya ada kaitan dengan tanah saja dan tak buat projek.

"LADA memang ada tanah kemudian projek-projek begitu, biasanya pihak swasta yang laksanakan. Saya ada baca MoF nak lelong, maksudnya kena tanya MoF, jangan tanya saya. Kerajaan negeri tiada peranan dalam hal itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mendakwa, ada banyak duit MoF 'terbengkalai' di Langkawi, melibatkan pelbagai jenis projek.

"Itu projek dulu-dulu...Apabila saya masuk jadi Pengerusi Bersama LADA, kita buat penelitian berhubung perkara tersebut. Dulu-dulu buat projek, geran pun tak ada.

"Mereka buat projek atas rizab sungai dan ada yang melibatkan projek kerajaan bernilai ratusan juta. Disebabkan itu kita kena buat pemutihan," katanya.

Menurutnya, pemutihan yang dimaksudkan adalah pemberian geran terhadap tapak-tapak projek kerajaan tersebut.

"Apabila ada geran, barulah kerajaan boleh beri peruntukan untuk baik pulih. Cerita dulu-dulu ini, ada banyak yang terbiar dan terbengkalai.

"Saya fokus perkara begitulah iaitu perkara-perkara yang boleh dipulihkan. Yang nak kena lelong ini saya tak tahu dan tiada maklumat," katanya.

Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru semalam melalui ciapan di X memaklumkan, MoF dalam proses untuk melelong pusat peranginan itu selepas mengalami kerugian besar berjumlah RM250 juta.

Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan LADA dikesan gagal mengutip hasil pajakan projek tersebut sebanyak 8.30 juta sejak 2023.

Sehubungan itu PAC mengemukakan lima syor pada Mac lalu kepada MoF dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan projek tersebut serta Hotel St. Regis Langkawi.

Syor itu dikeluarkan selepas PAC memanggil beberapa saksi pada 30 November dan 13 Disember 2023 termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican Timbalan KSP (Pelaburan), Datuk Dr. Shahrazat Ahmad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardi. - Getaran, 12 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

2

Politik 2 minggu yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi