web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2024 5:10PM

Mohamad Sanusi Md. Nor (dua, kanan) disapa penduduk kampung ketika menyertai Kayuhan Kebajikan The Greater Kedah di Padang Terap, hari ini - Gambar Rafisqi Radhi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan cabaran besar untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ketika Kerajaan Perpaduan dijangkakan mempunyai misi untuk membuktikan sesuatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, kemenangan di Sungai Bakap penting buat Kerajaan Perpaduan bagi membuktikan bahawa slogan Madani yang dibawa mereka, sudah meresap ke fikiran rakyat. 

Sehubungan itu katanya, PN tidak akan memandang enteng cabaran yang bakal diterima.

"Untuk buktikan rakyat dah terima slogan Madani, maka 'depa' (Kerajaan Perpaduan) nak menanglah PRK itu. Lagipun, kami merupakan pembangkang di Pulau Pinang.

"Jadi itu akan jadi cabaran besar buat kami. PN kena usaha sungguh-sungguh untuk kekalkan kemenangan di Sungai Bakap," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Kayuhan Kebajikan The Greater Kedah dekat sini, hari ini.   

Tambahnya, jawatankuasa induk PN bagi PRK Sungai Bakap akan diketuai Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad manakala beliau sendiri akan bertindak sebagai pengarah operasi.

"Kita akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kekalkan sokongan 17,000 pengundi yang telah mengundi PN dalam PRN sebelum ini.

"Kita nak semua kaum beri sokongan kepada PN kerana banyak isu berbangkit termasuk berkaitan kronisme, nepotisme di peringkat Persekutuan dan negeri. Kita akan umumkan calon pada 15 Jun depan dengan senarai calon telah disenarai pendek," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi secara sinis menyindir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau dan menangkis berita palsu semasa PRK Sungai Bakap.

"Tak ada jawatankuasa pun dah banyak yang tapis. Dalam sejarah negara ini, kebebasan bersuara paling banyak disekat pada zaman Fahmi Fadzil, lebih daripada negara komunis.

"Tahniah Fahmi kerana telah mencengkam negara ini dengan begitu rapi. Teruklah dia berjuang 25 tahun untuk kebebasan bersuara tetapi apabila sampai masanya berkuasa, tak sampai dua tahun beliau merupakan juara menyekat kebebasan akhbar," katanya. - Getaran, 8 Jun 2024.


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi