web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Ditahan Seleweng Diesel Bersubsidi Bernilai RM97,200

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 6:42PM

Mohd Zuhairi Mat Radey (dua, kanan) meninjau operasi membenteras kegiatan sindiket penyelewengan barangan bersubsidi jenis diesel di kawasan perindustrian Bandar Bukit Raja, Klang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi bernilai RM97,200 yang dipercayai dilakukan 10 individu, terbongkar selepas mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Bukit Raja, Klang, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan itu dijalankan kira-kira jam 10 malam hasil maklumat diperoleh melalui risikan pihaknya.

“Hasil risikan mendapati terdapat aktiviti keluar masuk kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan di lokasi premis tersebut.

“Dipercayai wujud urus niaga jual beli diesel daripada stesen minyak berdekatan dengan premis diserbu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zuhairi berkata, individu ditahan berkenaan terdiri daripada empat warga tempatan dipercayai pemandu lori dan enam warga Myanmar yang bekerja sebagai penjaga premis.

Katanya, turut dirampas adalah tiga lori, enam unit tong jenis IBC (Intermediate Bulk Containers), dua tong jenis Skid Tank berisi kira-kira 19,400 liter diesel dan empat peralatan pam penyedut bahan bakar itu yang dianggarkan bernilai RM97,200.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 18 (1) Peraturan Barang Kawalan Berjadual (Pindaan) 2021.

“Aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan serta subsidi akan terus dibanteras dengan strategi penguatkuasaan menerusi risikan dan serbuan,” ujarnya. – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global