web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Bentuk Majlis Penasihat Perfileman Dan Industri Muzik Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 1:14PM

Industri perfileman dan muzik berpotensi besar untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus menarik lebih banyak tenaga profesional untuk menyertainya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pembentukan majlis baharu itu dibuat berikutan industri perfileman dan muzik negara mengalami satu lonjakan baharu pasca pandemik COVID-19.

"Kalau kita tengok macam mana hampir RM100 juta dapat dikutip melalui filem Mat Kilau... sekarang ini ada filem Air Force yang sudah mencapai puluhan juta kutipan. Bermakna kalau ada filem berkualiti ia satu industri yang boleh berkembang besar.

"Jadi untuk maju ke hadapan, indsutri perfileman ini kita perlukan tenaga-tenaga pakar untuk memberi nasihat kepada kerajaan serta industri, dan kita pilih tujuh hingga 10 orang daripada industri perfileman dan lagi tujuh hingga 10 orang dari industri muzik untuk menganggotai majlis berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Myhtheen Kunju Basheer dan Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum.

Annuar turut mengumumkan Timbalan Speaker DUN Melaka merangkap ADUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai pengerusi majlis penasihat berkenaan.

Beliau berkata industri perfileman dan muzik berpotensi besar untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus menarik lebih banyak tenaga profesional untuk menyertainya.

Sementara itu Annuar berkata Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu diteruskan bukan sahaja di peringkat negeri malah komuniti perlu menganjurkannya agar semangat patriotisme itu dapat dibudayakan Keluarga Malaysia.

"Ini adalah penting bagi merakyatkan sentimen dan juga kesedaran tentang kemerdekaan serta pembentukan Malaysia dan ini harus digalakkan dan dilakukan secara berterusan, tidak semestinya pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sahaja," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia