web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


YB Rara Selamat Diijabkabul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 6:17PM

Majlis perkahwinan Young Shefura dan Muhammad Edrin diadakan di Wisma Selangor Dredging. - Gambar dari Facebook Ummi Hafilda Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Shefura Othman yang lebih dikenali sebagai Rara, selamat melangsungkan perkahwinan bersama seorang duda anak satu, Muhammad Edrin Nordin di sini, hari ini.

Majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan itu diadakan di Wisma Selangor Dredging di sini.

Rara, 32, dan Edrin, 35 mengikat tali pertunangan di Bentong, Pahang pada Februari lalu.

Beliau yang juga wakil rakyat DAP mengesahkan berita pertunangannya itu selepas ia tular di media sosial.

Majlis pernikahan mereka turut dihadiri Ummi Hafilda Ali, iaitu adik bongsu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menyifatkan dirinya sebagai penyokong kuat hubungan merpati dua sejoli itu, Ummi dalam satu hantaran di Facebook turut memanjatkan kesyukuran kerana hubungan keduanya berakhir di jinjang pelamin.

“Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama lawa. Alhamdulillah akhirnya majlis pernikahan adikku, Edrin Furtado dan YB Rara berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan full of love. Syukur to Allah SWT akhirnya mereka disatukan. Hasrat Uha dari awal mereka berkenalan dimakbulkan Allah,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Membahasakan dirinya sebagai Uha, Ummi turut mendoakan pasangan berkenaan dikurniakan zuriat yang comel, soleh dan solehah.

Rara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang Pengurus Pelaburan, Muhammad Masyhur Abdullah pada 24 September 2016, namun berakhir dengan perceraian pada Mac tahun lalu.

Beliau tidak memiliki sebarang cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu. – Getaran, 10 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia