web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Air Mata Deras Mengalir Lihat Hammad Hembus Nafas Terakhir’ - Zulkifli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 10:41AM

Hammad Zulkifli, 22, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi tadi di sisi keluarganya. - Gambar dari Facebook Dr Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak kepada mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia, awal pagi tadi.

Hammad Zulkifli, 22, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi tadi di sisi keluarganya.

Berita sedih itu dikongsi Zulkifli menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah.

“Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam hantaran itu juga, Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah anaknya dari awal sehinggalah ke liang lahad.

“Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya.

“InsyaAllah, solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan, program Jalsah ‘Ilmiyyah yang dikendalikannya pada jam 9 pagi ini diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anaknya yang dijadualkan pada jam 9.45 pagi.

Menurut beliau, kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya.

“Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan meninggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.

“Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewafatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jenazah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jenazah hingga ke muka pintu.

“Beliau lalu berkata, ‘Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala’. Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.

“Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya meninggal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini. Jemput hadir semua,” katanya. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ekonomi, Teknologi AI Mampu Berkembang Jika Kerajaan Laksana 3 Perkara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Masyarakat Kena Hati-Hati Bertindak, Tugas Menghukum Di Bahu Pihak Berkuasa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza, Menteri Agama Antara Dikompaun Langgar SOP- KP Selangor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Institusi Kewangan Islam, Cendekiawan Syariah Berperanan Penting Dalam Pemulihan COVID-19

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 23 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad