web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza, Menteri Agama Antara Dikompaun Langgar SOP- KP Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 4:27PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana  gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa mengadakan majlis tahnik anak mereka awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang turut dikenakan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal serta tiga orang anaknya.

Arjunaidi semasa sidang media dalam talian berkata kesemua mereka dikenakan kompaun atas kegagalan memastikan penjarakan fizikal ketika majlis berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak lelaki penyanyi nombor satu negara itu yang didakwa melanggar SOP  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha sebelum ini berkata, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendakwah Perlu Jaga Adab, Jangan Takbur - Mohd Na’im

4

Muzik 6 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi