web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bubar MPN Tidak Selesai Masalah, Tindakan Merugikan - Hartini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 2:00PM

Hartini berkata usaha untuk memulihkan negara pasca COVID-19 dijangka mengambil masa selama 10 tahun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan agar Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan dilihat sebagai satu tindakan yang merugikan dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara pasca COVID-19.

Ahli MPN Datuk Dr Hartini Zainuddin berkata selama ini MPN berjaya memainkan peranannya dengan menyediakan cadangan serta bertindak sebagai pelengkap dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan.

“KPI (petunjuk prestasi utama) MPN adalah untuk memastikan kami melakukan yang terbaik dalam melengkapkan inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan. Semua orang mempunyai peranan yang dilaksanakan dan semua orang bekerja untuk memastikan kita pulih lebih cepat.

“Perkara yang telah kami lakukan ialah membuat cadangan bila sempadan perlu dibuka, kami melihat kepentingan aspek pelancongan, ekonomi dan banyak perkara lain.

“Kami membahagikan tumpuan kepada teras utama dalam ekonomi, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya pada sidang media semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa MPN dibubarkan berikutan fungsinya yang tidak jelas dan tidak perlu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata gesaan itu antara lain dibuat berikutan MPN dikatakan bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.

Hartini berkata usaha untuk memulihkan negara pasca COVID-19 dijangka mengambil masa selama 10 tahun dan ia akan menjadi sukar sekiranya usaha itu hanya dilaksanakan oleh satu pihak sama ada parti politik, sektor mahupun organisasi.

Mengulas mengenai kebajikan rakyat Malaysia, beliau yang juga aktivis kanak-kanak dan pengasas bersama Yayasan Chow Kit berkata perkara itu perlu diberi tumpuan khususnya apabila ramai individu kategori B40 yang terkesan akibat inflasi dan pandemik kini tergolong dalam kategori B60.

“Berikutan syor Mesyuarat MPN pada 2021, Yayasan Hasanah menjalankan kolaborasi bersama Yayasan Chow Kit bagi memberi bantuan kecemasan (makanan) kepada mereka yang memerlukan dengan bantuan empat agensi bukan kerajaan (NGO) antaranya Bulat Sabit Merah Malaysia dan Yayasan Sejahtera.

“Setakat ini, kami sudah beri 7,600 isi rumah bekalan makanan pada fasa 1 dan pada penghujung Oktober terdapat 8,000 lagi isi rumah dalam fasa 2. Jadi kira-kira 15,000 isi rumah yang kita sudah beri makanan berdasarkan peruntukan kita terima, namun ia masih belum mencukupi,” katanya.

Hartini berkata beliau akan membentangkan mengenai cadangan lanjutan bagi memperkasakan inisiatif keselamatan sosial dan kebajikan golongan rentan pada mesyuarat MPN yang dijangka diadakan bulan ini.

Selain itu, beliau berkata sesi pembentangan itu juga akan memberi fokus kepada cadangan pemberian bantuan makanan, perlindungan kepada kanak-kanak dan keselamatan mental yang dilihat penting pada fasa peralihan ke endemik pada masa ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad