web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Mahu Tempoh Darurat Ini Digunakan Lawan COVID Dan Pulihkan Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 3:20PM

Seri Paduka bertitah keutamaan wajar diberi kepada usaha lawan COVID dan usaha memacu pemulihan ekonomi. - Gambar fail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa keutamaan dalam tempoh darurat hingga 1 Ogos ini  wajar diberikan kepada usaha melawan wabak COVID-19 dan tindakan-tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi.

Titah baginda, ini termasuk menerusi inisiatif-inisiatif kerajaan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Pada masa sama, Seri Paduka menzahirkan jaminan bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan yang mendukung prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan akan terus dipelihara di negara ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang lestari,” kata Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

“Biarlah kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini menjadi titik mula yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti.”

Titah baginda, pada ketika  negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak COVID-19, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka juga menasihati ahli-ahli politik negara agar merapatkan saf berganding bahu memerangi penularan wabak COVID-19 demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Seri Paduka menasihati ahli-ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungjawab serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan oleh ancaman wabak itu tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Yang di-Pertuan Agong juga mahu ahli politik menjadi model peranan kepada rakyat dari segi penyatuan dan mengurus tadbir negara dengan baik, katanya.

“Biarlah kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini menjadi titik mula yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti,” kata Ahmad Fadil. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia