web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Selesai Menghadap Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 5:32PM

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri keluar dari perkarangan Istana Negara. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.45 petang tadi, selepas pertemuan hampir sejam dengan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab mahupun memberi sebarang reaksi kepada soalan media.

Terdahulu kenderaan membawa Ismail Sabri tiba di Istana Negara pada jam 3.50 petang.

Keterujaan dapat dilihat di luar pintu utama Istana Negara di sini ketika pemerhati politik dan petugas media menunggu hasil pertemuan tersebut.

Ismail Sabri dijadual menghadap Agong pada jam 4 petang ini, di mana beliau dikatakan akan memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

The Vibes difahamkan Ismail Sabri telah menghadiri mesyuarat dengan empat pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail Sabri juga adalah Naib Presiden UMNO.

Butiran mesyuarat itu, yang kononnya diadakan di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, tidak jelas, tetapi ia didakwa diadakan sebagai persiapan parti dalam menghadapi PRU-15.

Lebih 100 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pintu pagar utama Istana Negara sejak tengah hari untuk membuat liputan berita mengenai perkara itu.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan pengiringnya tiba sebelum jam 3 petang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah turut tiba pada masa yang sama.

Kedua-duanya meninggalkan Istana Negara sejurus selepas jam 3 petang.

Sebelum itu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan.

Beliau berkata kebiasaannya pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilakukan setiap minggu, sehari sebelum mesyuarat Kabinet bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet.

Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka. - The Vibes, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 21 minit yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri