web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hakim Perlu Bebas Dari Sebarang Pengaruh - Ketua Hakim Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 8:22AM

Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedua-dua sistem kehakiman dan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) perlu berusaha untuk memberikan keputusan yang munasabah semasa membuat keputusan dalam sebarang kes secara bebas, adil, dan tanpa rasa gentar atau pilih kasih, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata kebebasan badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nazrin (Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah) juga baru-baru ini bertitah mengenai perkara ini. Titah baginda: “Tidak seharusnya ada sebarang keraguan, dan hakim mestilah bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan”.

“Walaupun titah DYMM Tuanku adalah berhubung dengan Mahkamah Syariah, pertimbangan berhubung dengan Badan Kehakiman Malaysia dan juga sistem ADR, tetap sama. Kedua-dua sistem harus berusaha untuk memberikan keputusan yang wajar sambil menghakimi kes secara bebas, adil dan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Minggu SDR Asia 2022 Keempat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.

Sultan Nazrin Shah turut menyampaikan ucaptama di majlis itu.

Selain itu Tengku Maimun berkata badan kehakiman memperakui peranan penting yang dimainkan oleh penimbang tara dan lain-lain mekanisma ADR.

Beliau berkata mekanisme ADR seperti pengantaraan, rundingan dan timbang tara menawarkan peluang kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa proses litigasi yang panjang dan meleret-leret.

Tengku Maimun bagaimanapun menambah bahawa terdapat pandangan yang berbeza mengenai bagaimana hubungan antara mahkamah dan institusi timbang tara harus dilihat.

“Boleh juga dikatakan bahawa jalan penyelesaian pertikaian itu tergolong dalam dua alam yang bersaing, berbeza antara satu sama lain, bagaimanapun saya percaya bahawa kedua-dua jalan penyelesaian pertikaian ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha mencari keadilan,” katanya.

Tengku Maimun berkata badan kehakiman Malaysia akan terus menyokong perkembangan ADR.

“Dengan AIAC terus mempromosi dan menyokong ADR, dan dengan sokongan berterusan daripada badan penyelesaian pertikaian lain yang berkaitan, saya yakin masa depan ADR adalah selamat,” katanya. - Bernama

TAG: Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, ADR, Sultan Nazrin Shah

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Syariah, Undang-Undang Islam Tidak Akan Terkubur - Ketua Hakim Negara

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Ketua Hakim Negara Ingatkan Peguam Tidak Ulas Kes Cabar Enakmen Syariah Kelantan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Badan Kehakiman Malaysia Terus Berfungsi Tanpa Memihak, Rasa Takut - Tengku Maimun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Perak Perkenan Belia Baca Khutbah Jumaat, Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia