web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Perak Perkenan Belia Baca Khutbah Jumaat, Esok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 12:00PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok, bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei lepas. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan berkata ia bagi mengiktiraf peranan penting generasi berkenaan kepada negara.

"Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 19 Mei (esok) bertemakan ‘Belia Pewaris Negara Bangsa’. 

“Baginda turut memperkenankan para pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak, pada 19 Mei (esok), “ kata Mohd Annuar.

Mohd Annuar berkata susulan itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 24 nama pemimpin belia kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapat tauliah sementara membaca khutbah di 24 masjid di negeri Perak.

Katanya, Sultan Nazrin Shah turut memberi perkenan kepada Muhammad Syukri Alimar Shidi daripada Kelab Belia Abrar Sungai Rokam untuk membaca khutbah Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, esok.

Antara masjid lain di negeri ini yang memberi penghormatan kepada golongan belia untuk membacakan khutbah Jumaat ialah Masjid Al-Falah Taman Sri Kota di Larut Matang dan Selama, Masjid Sultan Idris Shah di Hilir Perak, Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah di Perak Tengah dan Masjid Jamek Gerik di Hulu Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Berangkat Ke Majlis Aidilfitri K’jaan Perak

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Terima Menghadap Perdana Menteri Di Istana Kinta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saarani Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Ke-15

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KSN Dahului Senarai 212 Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Perak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia