web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saarani Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Ke-15

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 6:16PM

Saarani Mohamad (tiga, kiri) bersama Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee Chuan How (dua, kiri) dan Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari (kanan) beredar dari perkarangan Istana Kinta awal hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad telah dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini. 

Upacara yang bermula pada jam 5.30 petang tadi menyaksikan Pengerusi Negeri UMNO itu dilantik semula menjadi Menteri Besar selepas menerima sokongan 33 ADUN dari gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Pada PRU-15 baru-baru ini, gabungan dengan majoriti terbesar adalah Perikatan Nasional (PN) dengan 26 kerusi, diikuti PH dengan 24 kerusi dan BN dengan 9 kerusi. Walaupun gabungan Saarani mendapat bilangan paling kecil, PH tidak menolak pencalonannya untuk mengetuai kerajaan pentadbiran campuran ini. 

Terdahulu pada satu sidang media, Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini memberitahu Sultan Nazrin juga telah memanggil wakil PN, Razman Zakaria dan Datuk Zainol Fadzi Paharudin untuk menghadap. Baginda mahu tahu sama ada mereka mempunyai jumlah sokongan yang cukup atau sebaliknya. 

“Mereka ditanya jika mereka mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan, namun kedua-duanya mengakui bahawa parti itu tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri dan memahami keperluan membentuk kerajaan berdasarkan Perlembagaan Negeri yang memerlukan majoriti mudah.”

Memandangkan tiada bantahan oleh PN, Sultan Nazrin berpuas hati dengan apa yang disembahkan oleh BN dan PH.

Pengerusi PH Perak, Datuk Asmuni Awi juga mengesahkan pencalonan Saarani tidak mendapat bantahan dari gabungannya juga. - The Vibes, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia