web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KSN Dahului Senarai 212 Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Perak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2022 2:00PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini - Gambar Facebook Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini.

Mohd Zuki, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 pada 1 Jan 2020, dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain@ Abd Rasid. 

Beliau berkata sempena hari keputeraan tahun ini, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak. 

Katanya Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 15 penerima termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Perak Abdul Rahman Thobroni Mohd Mansor. 

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima termasuk Ketua Cawangan Khas Perak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Shazeli Kahar dan Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Muda Abd Halim Shaari.

Seramai tujuh individu dikurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 23 orang menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 16 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 45 menerima  Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 47 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 41 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

"Secara keseluruhannya, jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk dikurniakan pada tahun ini adalah berjumlah 212 orang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Zahidi berkata jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kali ini agak terhad dan hanya mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria ditetapkan telah diperkenan oleh Sultan Perak untuk dikurniakan darjah kebesaran dan pingat.

“Rakyat diseru untuk bersama-sama meraikan dan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing.

“Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Sultan Perak," katanya.

Beliau berkata sambutan kali ini akan dimulakan dengan majlis kesyukuran iaitu bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sewaktu Solat Jumaat yang turut diadakan di semua masjid daerah di seluruh Perak dengan diketuai Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hari Keputeraan Sultan Selangor: 97 Individu Terima Darjah, Bintang Kebesaran Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia