web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Keputeraan Sultan Selangor: 97 Individu Terima Darjah, Bintang Kebesaran Esok

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 12:28PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 97 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seorang individu menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan seorang lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (D.K. II).

Haris berkata seramai tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Seri’ bagi wanita.

Beliau berkata dua individu pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Setia’ bagi wanita.

Sebanyak sembilan individu menerima Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi ahli lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita. 

“Sebanyak 13 individu lain menerima Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita,” katanya.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran - Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 15 penerima manakala 13 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima, Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 16 orang, Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor kepada dua orang dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh individu.

Haris berkata kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini dan daripada jumlah itu, 1,032 ialah pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 1,730 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.

Kesemua 97 individu itu, katanya telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

2

Semasa 9 bulan yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

3

Semasa 11 bulan yang lalu

KPPA Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Pamer Lambang Darjah Kebesaran Tanpa Perkenan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia