web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:25PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (J.M.N) kepada Datuk Saraya Arbi pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi.

Saraya mendahului senarai 302 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara di sini, hari ini.

Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan JMN kepada Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahmad Tarmidzi Ramly; bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Lembaga Getah Malaysia, Dr Amir Hashim Md Yatim dan bekas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kerja Raya, Dr Lim Char Ching.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada 14 penerima termasuk bekas Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Darjah Johan Setia Diraja (JSD) kepada Brig Jen Baharudin Abu Hassan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia. 

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 41 penerima, Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 74 penerima, Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 150 penerima dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 17 penerima.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Pada istiadat itu, petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Mohd Suffian Juraimi, 37, yang juga penjaga jentera elektrik dan telah berkhidmat selama 13 tahun, menjadi antara seorang daripada penerima pingat PPN.

Beliau yang mula bekerja sejak 2009 di BERNAMA menzahirkan rasa syukur dikurniakan pingat berkenaan dan menyifatkannya sebagai pembakar semangat untuk memberikan khidmat lebih baik. 

“Sabtu ini adalah ulang tahun kelahiran saya dan kurniaan ini sebagai hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk saya dan harap rakan seperjuangan di BERNAMA akan mendapat peluang rezeki seperti saya pada masa akan datang,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara