web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Walau Parlimen Dibubar, Penjawat Awam Terus Beri Perkhidmatan Terbaik - KSN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 9:22PM

Mohd Zuki Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam akan terus memberikan penyampaian perkhidmatan optimum kepada semua dasar diputuskan kerajaan, bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus diutamakan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kakitangan perkhidmatan itu juga akan terus menggalas amanah dipertanggungjawabkan, seperti termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan.

Katanya, mereka akan turut berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Sebentar tadi, saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama KSU (Ketua Setiausaha)/KP (Ketua Pengarah), susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri pada 10 Oktober 2022,” katanya.

Mohd Zuki berkata, antara perkara penting dibincangkan adalah peranan dan fungsi kerajaan caretaker sehingga kerajaan baharu terbentuk melalui proses pilihan raya.

Perbincangan itu juga, katanya, merangkumi prosedur dan panduan pengurusan keselamatan pejabat anggota pentadbiran dalam tempoh kerajaan caretaker.

Beliau berkata, ia turut memberi keutamaan ke atas kesiapsiagaan dari segi agihan bantuan, mobiliti aset dan  kebajikan rakyat dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di semua peringkat.

“(Perbincangan) memastikan kestabilan, ketenteraman dan kesihatan awam menjadi keutamaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mesyuarat itu dihadiri semua ketua perkhidmatan, ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah, termasuk Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pengarah Pendidikan dan Ketua Audit Negara.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung.

Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari kelmarin dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Katanya, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad