web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fahmi Reza Dilepas Tanpa Dibebaskan Tuduhan Buat Hantaran Jelik Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 6:16PM

Mohd Fahmi Reza - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal peguam     N Yohendra yang mewakili Mohd Fahmi Reza, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) terhadap pertuduhan yang dihadapi anak guamnya.

“Mahkamah melepas tanpa membebaskan OKS daripada pertuduhan selepas mendapati pertuduhan tersebut adalah cacat dan tidak berasas,” kata Nor Hasniah pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang 

Pada 30 Ogos lepas, Mohd Fahmi Reza mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan berkenaan dengan alasan pertuduhan itu tidak mengandungi butiran yang mencukupi, cacat serta bercanggah dengan kehendak di bawah Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 17 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil “Fahmi Reza” pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Sukan 5 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan