web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Terhadap BN: Pihak Berkuasa Digesa Ambil Kenyataan Abdul Hadi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 11:55AM

Lim Lip Eng - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak segera mengambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan dakwaannya terhadap Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng berkata, ini kerana parti Abdul Hadi pernah bersama-sama dengan BN dalam kerajaan dan kemungkinan besar Ahli Parlimen Marang itu turut memiliki maklumat tentang kesalahan rasuah yang melibatkan barisan menteri BN dan gabungan parti tersebut.

“Peliknya, semasa bersekongkol dengan gabungan parti BN dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Parlimen dibubar pada hari Isnin lalu, mengapa Abdul Hadi tidak berani berkata BN ada menerima rasuah?” soalnya.

Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, beliau menganggap kerjasama dijalin PAS dengan UMNO serta Barisan Nasional (BN) ibarat ‘durian mentah’ yang boleh menyebabkan seseorang mengalami ‘kembung perut’ jika dimakan.

Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan BN, Abdul Hadi berkata, partinya tidak dapat menerima UMNO yang ‘keruh’.

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada ‘keruh’, keruhnya masih ada (iaitu) penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH,” katanya.

Dalam pada itu, Lip Eng turut mencabar Abdul Hadi Awang membuat laporan polis dalam masa 48 jam ekoran dakwaannya bahawa terdapat ‘puak komunis’  dan ‘menolak raja’ dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ia melibatkan satu kesalahan yang amat serius dan perbuatan derhaka serta khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.

“Lagi kenyataan yang paling membimbangkan adalah hasutan Abdul Hadi bahawa dalam PH ‘ada puak komunis dan yang tolak raja pun ada’. Dakwaan Abdul Hadi itu dibuat tanpa memberikan apa-apa asas dan bukti.

“Sekiranya Abdul Hadi gagal buat laporan polis tersebut, bermakna beliau telah berbohong dalam ceramah yang dibuatnya, dan beliau sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut