web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Mangsa Nahas Helikopter Disahkan Selamat, Juruterbang Lakukan Pendaratan Kecemasan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 3:45PM

Helikopter itu terpaksa melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter yang dinaiki enam individu termasuk lima pegawai perubatan terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands bersempadan negeri Perak dan Pahang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari itu, semua mangsa dilaporkan selamat namun mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan juruterbang akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan memaklumkan kejadian dan kini pasukan penyelamat sudah diatur gerak ke lokasi untuk menyelamatkan mereka.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca apabila helikopter dinaiki mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi, sehingga memaksa juruterbangnya mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan.

“Bagaimanapun, difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter tersebut tersangkut pada pokok di kawasan hutan.

“Setakat ini maklumat yang diperoleh adalah semua mangsa selamat, hanya mengalami kecederaan namun tidak serius,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika helikopter yang membawa pasukan perubatan itu sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Kelantan.

“Lokasi sebenar keberadaan mereka masih belum dapat dipastikan setakat ini namun pasukan penyelamat sudah memulakan operasi mencari dan menyelamatkan semua mangsa,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 21 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad