web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Kemasukan Tenaga Kerja Asing, Bantu Pulih Perniagaan - Pengusaha Perniagaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 8:12PM

Beberapa pengusaha perniagaan berharap supaya proses kemasukan pekerja asing bagi membantu menaikkan semula perniagaan mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19, dapat disegerakan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa pengusaha perniagaan berharap supaya proses kemasukan pekerja asing bagi membantu menaikkan semula perniagaan mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19, dapat disegerakan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata berikutan kekurangan tenaga kerja, hanya kira-kira 2,000 daripada keseluruhan 10,000 rangkaian restoran di bawah persatuan itu dapat beroperasi secara 24 jam.

“Kerajaan perlu faham mengapa kita membuat permintaan ini. Kami terdesak memerlukan pekerja dan pilihan yang ada hanyalah pekerja asing. Tidak timbul sebarang dakwaan bahawa kami mengutamakan pekerja asing dan menidakkan peluang kerja bagi rakyat tempatan.

“Kami telah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi melaksanakan program Penjana Kerjaya termasuk di Negeri Sembilan tetapi sambutan amat dingin apabila hanya seorang rakyat tempatan yang mahu terima tawaran pekerjaan diberi," katanya kepada Bernama.

Gesaan sama turut disuarakan pengusaha syarikat mencuci kenderaan DM Luxury Auto Spa, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadza, 28, yang menyifatkan isu kekurangan tenaga kerja asing telah menyukarkan perniagaannya.  

"Masalah saya sekarang ialah perniagaan tidak menentu kerana pekerja tempatan yang diambil biasanya hanya akan bertahan untuk tempoh singkat malah ada juga yang baru kerja dua hari terus berhenti kerana tidak tahan bekerja lasak dan panas menyebabkan ramai pelanggan lari.

"Sebab itu, saya memohon proses kemasukan pekerja asing dipercepat kerana hanya mereka dari Pakistan dan India sahaja yang tahan bekerja dalam bidang ini,” katanya.

Penerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Noralina Amiruddin, 46, yang menjalankan perniagaan perkhidmatan jahitan pakaian di Kompleks Pertama di sini pula berkata pengambilan pekerja asing adalah keperluan bagi memenuhi tempahan yang saban meningkat.

"Kalau ada pun yang berminat, mereka mahukan gaji yang tinggi meskipun tiada pengalaman, jadi kesudahannya hanya satu atau dua pekerja tempatan sahaja yang mampu diambil. Sebab itu, pada musim perkahwinan tahun ini bermula November hingga Disember, saya hanya berani mengambil tempahan 100 baju. 

"Berbeza ketika saya masih mempunyai tiga pekerja Indonesia sebelum COVID-19, tempahan boleh mencecah 400 hingga 500 pasang baju dan semuanya dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan," katanya.

Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah mengemukakan beberapa syor bagi menangani masalah ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Kekurangan Tenaga Kerja dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti secara terperinci permasalahan pengambilan pekerja asing serta jalan penyelesaian dengan kadar segera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad