web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembentukan Kerajaan Pahang: Saifuddin Sifatkan BN Tamak, Ketepikan Mandat Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 6:58PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menempelak Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan gabungan itu sebagai tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat dalam isu pembentukan kerajaan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, parti itu juga menuntut jawatan Menteri Besar dan tujuh kerusi exco, selain hanya bersetuju memberikan PN satu kerusi exco walaupun BN parti minoriti yang tiada mandat.  

“Sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar,” katanya menerusi kenyataan.

Saifuddin menambah, parti yang menerima mandat terbesar di Pahang adalah PN, sekali gus mencerminkan kehendak rakyat negeri berkenaan perlu dihormati.

Jelasnya, sejak dari awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang, tetapi bukan bersama Pakatan Harapan (PH) yang didakwa membawa agenda ‘bertentangan dengan kepentingan rakyat’.  

Pada masa sama, Saifuddin berharap tiada perkara menyeleweng ditawarkan dalam kerjasama PH-BN, demi kuasa dan jawatan.

“Saya tidak tahu apa ‘gula-gula’ yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya.

PH Pahang semalam dilaporkan mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi kepada BN, bagi membentuk kerajaan negeri bersama.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia hasil mesyuarat dipengerusikannya. - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia