web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Maut Jatuh Kondominium, Mayat Ditemui Tersangkut Tingkat 20

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 1:56PM

Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat 28 sebuah kondominium dekat Damansara Perdana, Petaling Jaya, sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada belebas tiang tingkat 20 premis berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat wanita terbabit.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata laporan kejadian diterima jam 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara digerakkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa.

"Mangsa yang dilihat tidak sedarkan diri akhirnya berjaya dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, tugas penyelamatan selesai sepenuhnya pada jam 10.55 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Kondominium

3

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan