web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Perempuan Hilang 3 Hari Ditemukan Selamat, 3 Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 11:01AM

Remaja terbabit ditemui bersama seorang lelaki dan dua wanita di Shah Alam, malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Taman Salak Maju di sini Ahad lepas, ditemukan selamat di sebuah kondominium di Seksyen 13 Shah Alam, semalam.

Salsabila Putri Mad Nasir, 13, ditemukan di lokasi berkenaan bersama seorang lelaki dan wanita berusia 19 dan 18 tahun oleh anggota polis pada kira-kira pukul 9 malam. 

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki berumur 21 tahun di sekitar tempat sama kira-kira setengah jam kemudian, di samping merampas tiga unit telefon bimbit, dua helai baju serta seluar, dua topi keledar serta sebuah motosikal Yamaha 15 yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Ketiga-tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Siasatan awal mendapati dua lelaki yang ditahan mengaku terlibat dalam kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mereka mengaku menaiki motosikal untuk berjumpa remaja itu. Kemudian remaja itu bersama salah seorang lelaki berkenaan menaiki Grab, manakala seorang lagi lelaki menunggang motosikal pulang ke Shah Alam,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Ahad lepas, Salsabila Putri disedari hilang oleh abangnya pada pukul 2.30 pagi dan ramaja itu dikesan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawanya keluar daripada kawasan Taman Salak Maju di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia