web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Trend Menurun Untuk Kemasukan Pesakit COVID-19 Ke Fasiliti Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jan 2023 4:15PM

Dr Noor Hisham berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ketiga 2023 (ME 3/2023) iaitu dari 15 hingga 21 Jan berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 mencatatkan penurunan 28.6 peratus bagi pesakit kategori satu hingga lima.

“Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 bagi katil bukan kritikal menurun sebanyak dua peratus dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menurun sebanyak dua peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan. 

Selain itu, dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), kumulatif kes baharu COVID-19 ialah sebanyak 5,034,521 kes, kumulatif kes sembuh (4,987,642 kes), kumulatif kes kematian (36,932 kes) dan kumulatif kluster sebanyak 7,169 kluster dengan lima kluster aktif.

Dr Noor Hisham memaklumkan bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun 27.6 peratus iaitu 3,288 kes kepada 2,379 kes manakala bilangan kes baharu menurun 17.3 peratus iaitu 2,525 kes kepada 2,088 kes berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata bilangan kes tempatan menurun 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes) manakala bilangan kes import menurun 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes), manakala jumlah kes kematian menurun 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 pula menurun 7.9 peratus iaitu 10,901 kes kepada 10,042 kes, katanya.

Hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara hingga ME 3/2023 mendapati 17 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif COVID-19 manakala sebanyak 5.9 peratus Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sempena sambutan Tahun Baharu Cina meskipun keadaan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dengan pelaporan kes yang rendah iaitu kurang 500 kes sehari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia